Sekarang umat sedang menghadapi
kehancuran.Oleh itu marilah kita jadi hamba Allah yang sebenar. Jadi umat
Nabi Muhamamd s.a.w yang sebenar. Kita kena ambil kerisauan Nabi s.a.w tentang
umat Islam. Kita semua kena buat 2 perkara:
1. Berdakwah
2. Berdoa bersungguh sehingga
menitis air mata.
Di akhirat insya Allah kita akan
mendapat kejayaan yang besar. Ini adalah kerja para Nabi seperti yang disebut
oleh Allah dalan surah Al Ahzab ayat : 70-71 yang bermaksud:
(71)Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
Saya memohon kepada semua penceramah
supaya memperbanyakkan cerita tentang nikmat syurga dan kedahsyatan azab
neraka supaya orang ramai takut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah dan
sekaligus bersemangat untuk beramal bagi mendapatkan syurga Allah. Selain itu
juga menyeru umat Islam agar berpegang teguh dengan agama Allah dan ajaran
Islam. Arahan untuk berpegang teguh dengan agama Allah ini jelas di dalam al
Quran surah Ali imran 103 yang
bermaksud:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama
Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada
kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat
Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang
bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan
kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayahNya
Saya juga memohon kepada seluruh umat Islam agar beramal selari
dengan doa yang kita sering sebutkan di dalam solat setiap hari iaitu:
“Tunjukanlah kami jalan yang lurus” agar kita semua akan mendapat
hidayah dan tufik dari Allah s.a.w.
Kita juga seharusnya memperbanyakkan usaha dakwah kerana orang
yang melakukan dakwah di jalan Allah adalah orang yang paling berjaya dan beruntung,
menang dan bahagia di dunia dan akhirat. Usaha
dakwah adalah perkara pling besar
bahkan dalam dakwah juga banyak rintangan yang harus ditempuhi seperti yang
dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam surah Al ra’du ayat 36 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang KAMI berikan kitab, mereka berasa gembira
terhadap apa yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan di antara beberapa
kumpulan dari orang-orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya. katakanlah:
"Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah AlLah, dan tidak mempersekutukan-Nya.: kepada-NYAlah Aku
berdoa dan kepada-NYAlah tempat kembaliku ".
Sesunguhnya jalan dakwah yang di bawa oleh Nabi s.a.w dan juga
para sahabat adalah jalan yang benar yang tidak ada sebarang keraguan di
dalamnya seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran:
Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang
syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula
menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa
Kita juga harus berhati-hati dalam menerima ilmu. Ilmu hendaklah
diterima dari guru-guru mursyid yang diambil dari Al Quran dan juga dari hadith
Nabi s.a.w. agar segala apa yang diamalkan diterima oleh Allah s.w.t. Apabila
kita menuruti apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w bermakna bahawa kita sebenarnya
menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah
maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Di dalam
beramal, kita seharusnya tidak harus menangguh-nangguhkannya. Kerana mereka yang melewat-lewatkan amalan
akan ketinggalan dari memasuki syurga sehingga 500 tahun.
Sesungguhnya amar makruf dan nahi mungkar adalah satu tuntutan
dari Allah seperti yang disebut oleh Allah dalam surah Luqman ayat 17 yang
bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah
berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar,
dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.
Termasuk dalam amar makruf dan nahi
mungkar adalah mendidik anak-anak agar menunaikan solat, berpuasa dan
lain-lain. Anak-anak perlu dirotan bila berusia 10 tahun jika masih enggan
menunaikan solat. Rotan ibarat seperti air yang amat diperlukan oleh ladang
supaya ladang itu subur.
Bismillahirrhaman
Assalmaulaikum waramatulah
Ramai yang masih agak kurang jelas tentang pengertian dakwah. Dakwah
adalah ialah menyampaikan kepada orang lain sesuatu ajaran dari ajaran-ajaran
Islam serta sentiasa berfikir dan berusaha bagaimana untuk menjadikan ajaran
Islam yang sempurna ini dapat diamal oleh seluruh ummat Islam di seluruh alam. Inilah cita-cita baginda s.a.w.
Kelebihan Dakwah
1.Ianya adalah perintah dari Allah.
Ini disebut di dalam Al
Quran, surah - Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli
Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah
(iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman,
dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
2- Dakwah adalah sumber pertunjuk dari Allah seperti termaktub di dalam surah yusuf ayat ke 108 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan
orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha
Suci Allah (dari segala i`tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari
golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain".
3- Sunah paling besar untuk Nabi dan Rasul
4- Dakwah usaha atas iman dan perbaiki
amal mengikut cara nabi
5- Agama akan tersebar seluruh bumi
seperti zaman sahabat
7- orang yang buat baik akan dapat pahala
sama seperti orang yg melakukannya
Ini dijelaskan oleh Nabi dalam sebuah hadith:
“Orang yang menunjukkan kepada orang lain tentang satu perbuatan
akan mendapat pahala sama seperti orang yang melakukannya tanpa berkurangan
walau sedikitpun”
8- dengan dakwah juga akan lahirlah orangorang
yang beriman dan orang-orang yang soleh
9-tidak termasuk dlm kalangan orang-orang yang
rugi seperti yang dijelaskan di dalam surah al asr:
Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
10-Umat Islam akan bertambah dan akan
menjadi asbab hidayah
11- negara jadi aman dan kaya raya kerana
org kafir masuk Islam
12-masjid bertambah makmur dan surau hidup
5 waktu
13-umat islam bersatu hati tanpa mengira
bangsa
14- dakwah bawa rahmat, maksiat bawa bala
15- dakwah akan lahir zuriat soleh dan
bertaqwa
16-dakwah tolak bala - syaitan sangat
marah dgn org dakwah kerana ajak org
buat baik, syaitan ajak org buat jahat
Penghalang dakwah ada 3:
1- syiatan
2-nafsu
3-dunia
kalau kita memenuhi kehedak agama maka
Allah akan pimpin kita ke jalanNya (surah al ankabut 69):
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan)
dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang
yang berusaha membaiki amalannya.
Kehendak agama ada 3:
1- belaljar agama
2-amal agama
3- sebar agama
Tugas agama sgt besar, jika tinggal dakwah
lenyaplah yg hak, maka lahirlah yang batil dan yg salah. Maka Allah akan angkat
rahmat, turunlah azab. Jadikanlah
jihad dengan dakwah spt mana pagar dgn
tanaman
Dan sesiapa yg tdk endahkan penjaran al
quran yg diturunkan oleh Allah, kami akan adakan syaitan baginyaynag menghasut
dan meyesatkan dan jadilah ia teman yang tidak renggang dengannya (Al Zukhruf 36-37)
Utk menambah sifat taqwa dan menambah ilmu
agama, serta menjadi pusaka yg sangat baik dan mendapat pahala yang banyak, belilah
kitab nasihat agama dan wasiat iman, mudah2an diberkati Allah dengan berpanjangan,
Pernah satu kali baginda s.aw. berada di
atas mimbar lalu berdiri se orang lelaki dan tertanya ya Rasulullah, siapakah
yg terbaik di kalangan manusia? Baginda s.a.w menajwab, yg terbaik dikalangan
manusia ialah org yg paling banyak membaca al quran, yang paling bertakwa, yang paling banyak menyuruh akan kebaiakan
dan melarang dari kemungkaran dan yang paling banyak menghubungkan sialturahim
Moga apa yang dikongsikan di sini ada
manafatnya insya Allah.
Ikhlas dari Hj Nik Wajihuddin bin Nik Mat
No comments:
Post a Comment