Friday, January 13, 2012

PESANAN IKHLAS KEPADA SEMUA PEMIMPIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syukur kepada Allah di atas segala kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Syukur juga kepada Allah kerana mengurniakan hidayah dan taufik kepada kita semua.
Suatu yang amat mengejutkan kita semua apabila terdapat laporan yang mengatakan bahawa   hanya sekitar 15% daripada rakyat Malaysia yang berugama Islam  yang mengerjakan solat fardhu secara konsisten. Kejadian  maksiat  berluasa di luar kawalan. Menurut sabdaan Nabi  s.a.w, apabila berluasanya maksiat dalam satu-satu negeri maka Allah akan turunkan bala bencana di negeri itu iaitu dengan menghantar pemerintah yang zalim. Bala ini paling ditakuti kerana apabila bala ini diturunkan maka semua golongan akan merasainya tanpa  ada  kasihan belas samada kepada yang  muda  atau  orang tua.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab bagi semua pemimpin, para alim ulama’, para imam, penghulu-penghulu dan lain-lain agar berusaha supaya  semua rakyat yang berugama Islam menunaikan solat secara berjamaah. Dan pada hari Jumaat, satu orang ulama akan membacakan buku fadhilat amal selama 20 minit dan pada setiap hari selepas solat

Satu orang baca pula 20 hingga 30 minit pada setiap hari di masjid dan surau. Buku  ugama yang dikarang oleh ulama mujahadah hanya untuk memperbaiki ummah. Jika perkara ini berjalan maka dosa para pemimpin  akan diampunkan oleh Allah dan negara akan menjadi aman dan pahala bagi para pemimpin adalah amat  besar. Di dalam hadith ada menyebutkan bahawa barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka dia sebenarnya mengasihiku dan barangsiapa yang mengasihiku maka dia akan bersamaku di dalam syurga. Di dalam hadith yang lain pula Nabi bersabda:” Barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan maka dia akan  mendapat pahala yang sama seperti apa yang dilakukan oleh orang diseru itu dan tidak akan kurang walaupun sedikit.

Dan barangsiapa yang menyeru manusia kepada kejahatan maka baginya dosa sama seperti mereka yang melakukannya dan tidak kurang walau sedikitpun.  “الدال على الخير كفاعله
Dan marilah kita sama-sama  berdoa agar Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua umat Islam agar sentiasa berada di bawah perlindungan dan taufik hidayah Allah s.w.t.
Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullah wabarakatuh.

Hj Nik Wajihuddin bin Nikmatullah.
Batu Balai, Jerantut, Pahang.
19 Safar 1433h
14 Januari 2012
























No comments:

Post a Comment