Posts

Pesan Tokku (2) Umat Islam dalam Kehancuran

Sekarang umat sedang menghadapi kehancuran.Oleh  itu marilah kita jadi hamba Allah yang sebenar. Jadi umat Nabi Muhamamd s.a.w yang sebenar. Kita kena ambil kerisauan Nabi s.a.w tentang umat Islam. Kita semua kena  buat 2 perkara: 1. Berdakwah 2. Berdoa bersungguh sehingga menitis air mata. Di akhirat insya Allah kita akan mendapat kejayaan yang besar. Ini adalah kerja para Nabi seperti yang disebut oleh Allah dalan surah Al Ahzab ayat : 70-71 yang bermaksud: (70) Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara), (71)Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. Saya memohon kepada semua penceramah supaya memperbanyakkan cerita tentang  nikmat syurga dan kedahsyatan azab neraka supaya orang ramai takut untuk m...

PESANAN IKHLAS KEPADA SEMUA PEMIMPIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Syukur kepada Allah di atas segala kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Syukur juga kepada Allah kerana mengurniakan hidayah dan taufik kepada kita semua. Suatu yang amat mengejutkan kita semua apabila terdapat laporan yang mengatakan bahawa   hanya sekitar 15% daripada rakyat Malaysia yang berugama Islam  yang mengerjakan solat fardhu secara konsisten. Kejadian  maksiat  berluasa di luar kawalan. Menurut sabdaan Nabi  s.a.w, apabila berluasanya maksiat dalam satu-satu negeri maka Allah akan turunkan bala bencana di negeri itu iaitu dengan menghantar pemerintah yang zalim. Bala ini paling ditakuti kerana apabila bala ini diturunkan maka semua golongan akan merasainya tanpa  ada  kasihan belas samada kepada yang  muda  atau  orang tua. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab bagi semua pemimpin, para alim ulama’, para imam, penghulu-penghulu dan lain-lain agar berusaha supaya  semua rakyat ...

CUCUNDA KE 69!

Syukur dan tahniah kepada kekanda Nik Mohd Azam & Kekanda Ayu kerana dikurniakan se orang putera yang diberi nama dengan nama ayahhnda iaitu Nik Mohd Wajiduddin pada 16hb Disember 2011 yang lalu. Anaknda Nik Mohd Wajiduddin merupakan cucunda ke 69 kepada ayahnda Nik Wajihuddin. Moga menjadi anak yang soleh insya Allah.