السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syukur kepada Allah di atas segala kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Syukur juga kepada Allah kerana mengurniakan hidayah dan taufik kepada kita semua.
Suatu yang amat mengejutkan kita semua apabila terdapat laporan yang mengatakan bahawa hanya sekitar 15% daripada rakyat Malaysia yang berugama Islam yang mengerjakan solat fardhu secara konsisten. Kejadian maksiat berluasa di luar kawalan. Menurut sabdaan Nabi s.a.w, apabila berluasanya maksiat dalam satu-satu negeri maka Allah akan turunkan bala bencana di negeri itu iaitu dengan menghantar pemerintah yang zalim. Bala ini paling ditakuti kerana apabila bala ini diturunkan maka semua golongan akan merasainya tanpa ada kasihan belas samada kepada yang muda atau orang tua.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab bagi semua pemimpin, para alim ulama’, para imam, penghulu-penghulu dan lain-lain agar berusaha supaya semua rakyat yang berugama Islam menunaikan solat secara berjamaah. Dan pada hari Jumaat, satu orang ulama akan membacakan buku fadhilat amal selama 20 minit dan pada setiap hari selepas solat
Satu orang baca pula 20 hingga 30 minit pada setiap hari di masjid dan surau. Buku ugama yang dikarang oleh ulama mujahadah hanya untuk memperbaiki ummah. Jika perkara ini berjalan maka dosa para pemimpin akan diampunkan oleh Allah dan negara akan menjadi aman dan pahala bagi para pemimpin adalah amat besar. Di dalam hadith ada menyebutkan bahawa barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka dia sebenarnya mengasihiku dan barangsiapa yang mengasihiku maka dia akan bersamaku di dalam syurga. Di dalam hadith yang lain pula Nabi bersabda:” Barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala yang sama seperti apa yang dilakukan oleh orang diseru itu dan tidak akan kurang walaupun sedikit.
Dan barangsiapa yang menyeru manusia kepada kejahatan maka baginya dosa sama seperti mereka yang melakukannya dan tidak kurang walau sedikitpun. “الدال على الخير كفاعله
Dan marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua umat Islam agar sentiasa berada di bawah perlindungan dan taufik hidayah Allah s.w.t.
Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullah wabarakatuh.
Hj Nik Wajihuddin bin Nikmatullah.
Batu Balai, Jerantut, Pahang.
19 Safar 1433h
14 Januari 2012